.
  • Home
  • LATIHAN INDUSTRI
    • PENGENALAN
    • PENDAHULUAN
    • HASIL PEMBELAJARAN
    • OBJEKTIF LAPORAN
    • KEPENTINGAN
    • KESIMPULAN
  • MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
    • LATAR BELAKANG
    • VISI DAN MISI
    • OBJEKTIF DAN MATLAMAT
    • BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • RINGKASAN AKTIVITI
    • MINGGUAN
      • MINGGU 1-5
      • MINGGU 6-10
      • MINGGU 11-15
      • MINGGU 16-20
    • GALERI
  • LAPORAN TEKNIKAL
    • E-SMAT
    • CRIMPING
      • PENGENALAN
      • PENGGUNAAN CAABLE
      • KOD WARNA
      • CARA PEMASANGAN
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
    • KOMPONEN KOMPUTER(CPU)
      • PENGENALAN
      • PEMPROSESAN(CPU)
      • MEMORI
      • MOTHERBOARD
      • HARD DISK
      • CD-ROM
      • KAD BUNYI
      • KAD GRAFIK
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
  • CADANGAN/BIBLIOGRAFI

HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI


        i.    

        i.         Latihan industri adalah satu perkara wajib dilalui oleh setiap pelajar  di Politeknik dan juga institusi–institusi yang terdapat di Malaysia.Latihan ini penting kerana ia dapat mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.Selama ini pelajar hanya melihat dan mengetahui suasana,pengalaman serta pendedahan alam pekerjaan melalui rakan atau pun ahli keluarga.Dengan adanya latihan industri ini para pelajar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan dengan berbekalkan pengalaman yang ada semasa berada di tempat latihan.


  

Jika latihan amali tidak dipraktikkan,ianya tidak dapat difahami dengan sepenuhnya bagi semua bentuk teori sama ada dalam bidang apa sekalipun.Oleh itu, aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja teknikal yang ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan dapat memberikan kemahiran teknikal yang ada ataupun yang baru diperolehi di tempat lain.




    iii.          Pelajar boleh menunjukkan kebolehan serta kemahiran diri sendiri  semasa latihan untuk dinilai oleh majikan.Segala yang diamanahkan  kepada pelajar adalah menjadi tanggungjawab pelajar  untuk melaksanakannya dalam bentuk latihan dalam jangka masa yang ditetapkan. Rasa tanggungjawab perlu wujud bagi membantu pelajar melaksanakan sesuatu tugas yang berkualiti.Jika semua ciri-ciri ini disemai dan diterapkan di dalam diri,maka seseorang itu mudah untuk mendapat kepercayaan  oleh majikan.



Sebelum menjalani latihan industri pelajar kurang bergaul dengan masyarakat  bekerja sama ada di dalam sektor swasta dan kerajaan.Oleh itu,latihan industri ini dapat mendedahkan pelajar kepada pergaulan dengan masyarakat bekerja sama ada orang bawahan ataupun orang atasan di dalam sesebuah organisasi.Segala teguran yang positif perlu diterima dengan rasa hormat dan diambil sebagai satu ikhtibar.



Sebelum adanya latihan industri pelajar mungkin tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk melakukan sebarang kerja oleh pelajar apabila masuk ke alam pekerjaan kelak secara tidak langsung pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.



Setelah latihan industri habis dipraktikkan maka pihak Politeknik dan syarikat tempat latihan akan mengarahkan membuat satu laporan Latihan Industri,ini kerana pihak majikan dan pihak Politeknik ingin memastikan bahawa pelajar betul–betul mempraktikkan apa yang diarahkan dan dilakukan sepanjang tempoh lima bulan Latihan Industri. 

0 comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Free Blogger Themes
NewBloggerThemes.com