.
  • Home
  • LATIHAN INDUSTRI
    • PENGENALAN
    • PENDAHULUAN
    • HASIL PEMBELAJARAN
    • OBJEKTIF LAPORAN
    • KEPENTINGAN
    • KESIMPULAN
  • MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
    • LATAR BELAKANG
    • VISI DAN MISI
    • OBJEKTIF DAN MATLAMAT
    • BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • RINGKASAN AKTIVITI
    • MINGGUAN
      • MINGGU 1-5
      • MINGGU 6-10
      • MINGGU 11-15
      • MINGGU 16-20
    • GALERI
  • LAPORAN TEKNIKAL
    • E-SMAT
    • CRIMPING
      • PENGENALAN
      • PENGGUNAAN CAABLE
      • KOD WARNA
      • CARA PEMASANGAN
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
    • KOMPONEN KOMPUTER(CPU)
      • PENGENALAN
      • PEMPROSESAN(CPU)
      • MEMORI
      • MOTHERBOARD
      • HARD DISK
      • CD-ROM
      • KAD BUNYI
      • KAD GRAFIK
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
  • CADANGAN/BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi(KPT).  Pelajar di isyaratkan lulus Latihan Industri sebelum mereka dapat dianugerahkan Diploma.


Pelajar-pelajar boleh menjalani Latihan Industri sama ada di Agensi Kerajaan mahupun Swasta.  Sepanjang tempoh 6 bulan tersebut, pelajar akan didedahkan dengan suasana bekerja yang sebenarnya.  Antaranya bagaimana untuk mengamalkan etika bekerja yang telah ditetapkan,cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan, serta melaksanakan tugasan dengan sempurna dan memuaskan hati pihak atasan.


Dengan terhasilnya kursus ini, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu  yang dipelajari di dalam kelas untuk dipraktikkan semasa Latihan Industri.   Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui sedikit sebanyak selok-belok alam pekerjaan yang semakin hari semakin mencabar mengikut arus kemodenan Negara ini.


 Di samping itu, dengan menjalani Latihan Industri, pelajar akan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan ketika bekerja dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu keputusan mahupun pekerjaan yang seharusnya memerlukan komitmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan yang lebih berkualiti di masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Free Blogger Themes
NewBloggerThemes.com