.
  • Home
  • LATIHAN INDUSTRI
    • PENGENALAN
    • PENDAHULUAN
    • HASIL PEMBELAJARAN
    • OBJEKTIF LAPORAN
    • KEPENTINGAN
    • KESIMPULAN
  • MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
    • LATAR BELAKANG
    • VISI DAN MISI
    • OBJEKTIF DAN MATLAMAT
    • BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • RINGKASAN AKTIVITI
    • MINGGUAN
      • MINGGU 1-5
      • MINGGU 6-10
      • MINGGU 11-15
      • MINGGU 16-20
    • GALERI
  • LAPORAN TEKNIKAL
    • E-SMAT
    • CRIMPING
      • PENGENALAN
      • PENGGUNAAN CAABLE
      • KOD WARNA
      • CARA PEMASANGAN
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
    • KOMPONEN KOMPUTER(CPU)
      • PENGENALAN
      • PEMPROSESAN(CPU)
      • MEMORI
      • MOTHERBOARD
      • HARD DISK
      • CD-ROM
      • KAD BUNYI
      • KAD GRAFIK
      • KOMEN/CADANGAN
      • KESIMPULAN
  • CADANGAN/BIBLIOGRAFI

OBJEKTIF LAPORAN

Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen penting kepada setiap pelajar yang menjalani latihan industri.Ia dapat mendokumentasikan aktiviti–aktiviti yang telah dipelajari sepanjang menjalani latihan industri.Sesuatu kerja yang cemerlang tidak akan memberi makna sekiranya tidak dapat dilaporkan di dalam sebuah laporan yang baik.Oleh itu,penulisan laporan yang dibuat memerlukan perhatian khusus daripada setiap pelajar supaya dapat mengikuti setiap arahan yang ditetapkan dan dapat memenuhi kehendak sesebuah institusi. Setiap pelajar akan bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan ini dalam masa yang telah ditetapkan dan dapat membuat laporan yang meliputi semua bahagian yang telah dipelajari semasa menjalani latihan industri di  Majlis Perbandaran Taiping, Perak. Antara manfaat dan faedah diperolehi bagi buku laporan ini adalah :

  i.            Dengan adanya laporan ini maka ianya boleh dijadikan sebagai bahan bukti kepada Politeknik bahawa pelajar telah menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
  ii.            Selain itu,objektif laporan ini dibuat ialah dapat mendokumentasikan segala aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh menjalani latihan industri iaitu selama lima  bulan.
  iii.            Jika laporan ini dibuat ia dapat melatih para pelajar supaya mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik.
 iv.            Laporan ini juga merupakan satu cabaran bagi pelajar untuk menghadiri sesi temuduga yang akan dijalankan oleh pihak Politeknik dengan berbekalkan pengalaman yang ada.
 v .      Dapat digunakan sebagai rujukan oleh bakal majikan semasa menjalani temuduga kelak.
 vi .        Memberi panduan atau sebagai bahan rujukan kepada pelajar selepas menamatkan pengajian kelak.
 vii .     Pelajar dapat melatih diri untuk membuat kertas kerja, ini adalah kerana cara penulisan serta laporan adalah lebih kurang sama bagi menyiapkan kertas kerja.
viii .     Membolehkan pelajar berfikir dan mengingati apa yang telah dipelajari dan telah dipraktikkan semasa menjalani latihan industri.

0 comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Free Blogger Themes
NewBloggerThemes.com